Pengalaman Menarik,
19-24 November 2008, Baru sahaja balik dari
Lawatan Kerja Penolong Kanan Kokurikulum SBP, Sektor Berasrama Penuh & Kluster, KPM. Lawatan tersebut dijalankan bagi
menimba dan berkongsi pengalaman dengan beberapa buah sekolah elit di negara jiran.Kebetulan Penulis merupakan pengerusi penganjur
serta pengerusi Majlis Pkko SBP.Maka lawatan tersebut cukup bermakna untuk dikongsi bersama rakan-rakan.Perjalanan tersebut
sangat jauh namun banyak memberi pengalaman baru. Kebetulan kekanda
raja Thai telah meninggal dunia maka lawatan ke Royal Thai Military College tidak dapat dilakukan kerana
mereka terlibat dengan upacara rasmi majlis tersebut. Hanya dua sekolah sahaja King College dan Vadjiravudh College.Pengisian
lain lawatan ke Grand Palace, Mengharungi sungai Menam Chao Praya, Kilang Permata, Pasar Chat Tu Chak, Pratunam, Landasan
Keratapi Maut kanchanaburi, Muzium Perang Kanchanaburi, Floating Market, Nasional Muzium of Thailand. Kebetulan terima
kasih kepada Tourism Malaysia di Bangkok kerana menaja makan malam di Restoran Cili Api yang diusahakan oleh bekas atache
Malaysia di Bangkok[orang peneng] di Silom Road iaitu satu kawasan elit bagi membeli belah. tq.
|
|
|
|
.
Apa khabar bekas guru MCKK? Kawan-kawan lama SBP? Adnan
Hussin [nan Husin] orang sungai Duyung Melaka, antara staf mckk yang liat untuk ditewaskan dalam badminton, sekarang
di Majlis Peperiksaan Malaysia,Budin [sinonim dengan panggilan "Gedebe" oleh budak-budak Koleq, tau lah bila dia mengamuk
kat asrama!! senang je...dia antar anak lelaki dia dulu round kat big school... Apiz....semua selesai..sekarang di Jabatan
Pelajaran Negeri Melaka, Zali...Sazali-sekarang di Bhg.Perhubungan Antarabangsa-Kemen.Pendidikan.adala jumpa selalu kebetulan
anak dia satu batch dengan anak saya kat TKC. Omar Yusoff-sekarang katanya PK kat sekolah Zainab. ni pun satu haru juga macam
gedebe..he heh.....kat Kelantan,Fauzi-MRSM-Tumpat.
PAK.. ( panggilan biasa bagi
bapa ) bersama duriannya kat dusun Sungai Kecik, Kawasan ni yang bagus tu ada sungai…air sejuk….siap boleh berkelah.
Gambar ni diambil masa tahun 2005. Dia tidak pernah jemu berkerja memerah tenaga, keringat, dan masa di kebun getah,
sawah padi dan dusun buah-buahan. Tidak pernah pencen...
|
|
|
|
Mula mengajar di Kuala...Qtrs bujang..[1988], ke
Taman Underwood,[1989] .berpindah ke Taman Muhibbah Sungai Siput Utara Perak [1989-1990] Pastu berpindah ke Taman
Bunga Raya Kuala Kangsar [1990] dan Feb 1992....545 Qtrs Malay College Kuala Kangsar dari Januari 1992 hingga November 2003.Berpindah
ke C-02, Apartment Malay College. 33000 Kuala Kangsar sehingga 2Disember 2006 berpindah ke Jitra
|
|
|
|